Terbuka kepada penduduk Islam di Daerah Kuala Muda, Kedah yang merupakan warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, bermastautin, mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi. Syarat lain termasuklah tidak pernah disabitkan kesalahan boleh daftar, tidak bankrap, dan tidak pernah dibuang daripada mana-mana koperasi dalam tempoh setahun.